Sejarah Daerah
Nama asal Daerah Kunak ialah Mostyn.Pada
asalnya Mostyn ditadbir oleh sebuah syarikat besar yang menguasai kawasan
pembalakan daerah ini dikenali sebagai Sabah Timber Company.
Syarikat ini telah membina sebuah jambatan panjang bagi membolehkan kapal-kapal besar berlabuh untuk memuatkan kayu balak. Bermula dari kisah pelabuhan kapal inilah Mostyn ditukar namanya kepada Kunak, mengikut nama sebuah kapal dagang asing M.V. Kunak.

Kapal M.V. Kunak berlabuh di Kg. Pangakalan
Profil Daerah
Geografi dan lokasi
Daerah Kunak meliputi kawasan 438 batu persegi atau 1134km. Daerah Kunak terletak di sebelah Tenggara Pantai Timur Negeri Sabah. Ia bersempadan dengan Tawau di Selatan, Daerah Lahad Datu di Utara, dan Semporna di Timur. Kedudukan daerah ini ialah di antara Garis Lintang 4.41 darjah utara serta Garis Bujur 118.15 darjah Timur. Jarah jauh dari Tawau ialah 88km, Semporna 90km, Lahad Datu 78km dan Kota Kinabalu 500 km.

Penduduk dan suku kaum
Jumlah penduduk Daerah Kunak ialah 44,000 orang (Banci 2000).Suku kaum utama di daerah ini adalah kaum Bumiputera keturunan Bajau dan Suluk dan kaum-kaum lain adalah Bugis, Kadazan dan Cina. Adalah dianggarkan lebih 95 peratus penduduk di daerah ini adalah Bumiputera beragama Islam
Ekonomi
Pada asasnya Daerah Kunak merupakan daerah pertanian. Dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah adalah sesuai untuk pertanian.Tanaman utama di aderah ini ialah kelapa sawit, koko, getah dan kelapa.Di samping pertanian, Daerah Kunak juga terkenal dengan perusahaan perikanan.Daerah Kunak menghasilkan purata 25,000 metrik tan hasil-hasil laut setahun. Pembalakan juga merupakan salah satu aktiviti penting pada masa dahulu tetapi sektor ini tidak lagi aktif masa ini

Kunak, sebuah pekan kecil yang terletak di
pantai timur Sabah seringkali diketepikan sehingga para pencetak peta negeri
Sabah sekalipun jarang yang menunjukkan kedudukan pecan ini.Malang sekali bagi
kawasan yang telah dibuktikan oleh ahli-ahli arkeologi ini sebagai daerah tapak
kegiatan manusia purba sejak 30,000 tahun sebelum masehi. Dalam suatu tulisan
pada buku, South East Asia: From Prehistory to History oleh Glover
& Bellwood (2004), telah dinyatakan tentang “sebuah industri peralatan
zaman batu wujud di kawan Tingkayu pada Zaman Pleistocene (Zaman Ais Batu)”.
Daerah Kunak meliputi kawasan seluas 1144 batu persegi dan terdiri daripada dua mukim Mukim Madai dam Mukim Pangi. Daerah ini terletak pada kedudukan global 4o 40’ 60 N; 118o 15’ 0 E.Kawasan di bahagian timur Sabah ini telah timbul dari permukaan laut pada zaman Cretaceous (Zaman Batu Kapur - 140 juta hingga 65 juta tahun yang lalu) sedangkan Norneo pada keseluruhannya timbul hanya 15 juta tahun yang lalu. Oleh kerana itulah gumpalan-gumpalan batu kapur yang besar kebanyakkannya terdapat di pantai timur Sabah.Satu daripada bentukan seumpamanya ialah Gua Madai di Daerah Kunak.
Pada zaman Pleistocene lebihkurang 2.5 juta tahun dahulu, Borneo, Jawa, Sumatra, Sulawesi dan Semenanjung Malaysia dan beberapa pulau kecil yang lain adalah bercantum sebagai satu benua yang dikenali sebagai Tanah Sunda (Sundaland). Pada waktu-waktu tertentu di zaman itu, paras laut amat rendah sehingga memungkikan seseorang itu mengembara dari Kunak ke Ireland tanpa merentas lautan. Laluan darat zaman purba ini telah memperkaya flora dan fauna di Borneo. Setelah paras air laut meninggi kembali, Tanah Sunda telah terpisah oleh lautan dan Pulau Borneo berkembang mengikut peredaran masa secara berasingan.

Pada zaman Miocene, 10 hingga 15 juta tahun
dahulu, gumpalan besar lahar batu-batan menyongsong dari dasar mendapan laut
lalu membentuk Banjaran Crocker. Gunung Kinabalu (4010 m)
terbentuk sekitar sejuta tahun yang lalu apabila lahar batu-batan menyejuk dan
menjadi keras lantas menongkat ke atas dari lapisan bawah permukaan bumi.Pesisiran
pantai Borneo yang ada pada hari ini wujud sekitar 10,000 tahun dahulu tatkala
blok-blok ais raksaksa cair dan meyebabkan permukaan laut meningkat.
Sementara itu, di pantai timur Sabah di
Daerah Kunak, Gunung Merapi Mostyn meletup sekitar 30,000 tahun dahulu.Aliran
laharnya telah menimbus sebahgian dari Sungai Tingkayu lalu membentuk sebuah
tasek.
Ini adalah tiang kayu tinggalan Tentera
Jepun sewaktu mereka bertapak di Daerah Kunak (Ladang Mostyn) pada 1942-1943
atau sewaktu Perang Dunia Ke-2 (WW2).
Dua tiang balak
spesis Belian ini masih kukuh berdiri, ia dipercayai adalah pintu masuk utama
ke Kem Tentara Jepun pada masa itu.
Terowong panjang di kawasan Kunak yang dipercayai dibina semasa zaman perang Dunia kedua oleh
tentera Jepun."
Daerah Kunak yang
mempunyai keluasan 438 batu persegi dengan anggaran jumlah penduduk seramai
lebih 62,000 orang adalah sebuah daerah yang terletak di tenggara negeri sabah
yang mendapat status daerah penuh pada 1981 yang mana dulunya terletak dalam
bidang kuasa daerah Lahad Datu lebih kurang 78km dari sini. Dahulunya
daerah ini diberi nama Mostyn sempena nama seorang penguasa inggeris syarikat
British Borneo Timber Company yang memungut hasil kayu balak di kawasan ini
dalam tahun 1930-an hingga 1960-an hingga ke Kalabakan di Tawau dan Segama di
Lahad Datu.
Disebab industri ini berkembang dengan pesatnya, maka sebuah jeti pemunggahan kayu balak telah didirikan oleh pihak company yang mana ia masih kekal sehingga kehari ini dan menjadi pelabuhan nelayan di Kg. Pangkalan. Bermula di kawasan Pangkalan inilah Mostyn telah menggamit ramai imigran untuk bermastautin disini, adalah dipercayai sumber mengatakan bahawa kemasukan imigran ini adalah dibawah kuasa syarikat-syarikat yang berkepentingan seperti Bombay Burma Trading Corporation Ltd. sebagai supliyer yang membawa pekerja-pekerja dari Pakistan dan Burma sebagai operator jentera kayu balak dan dari Pilipina, Indonesia dan China sebagai Buruh Kasar sejak awal tahun 30-an lagi.
Dipercayai orang yang bertanggungjawab dalam pembukaan penempatan dikawasan Mostyn (kini tapak Pekan Kunak) adalah Allayarham Datuk Zainal Gunong, Allayarham Datuk Sri Panglima Salim Bacho dan Allayarham Kabang bapa kepada Adun Kunak YB Nilwan Kabang, yang mana mereka adalah pemimpin masyarakat setempat yang berpengaruh pada ketika itu. Kampung Bagiang merupakan kampung yang pertama diwujudkan secara kekal di sekitar pekan Kunak pada 1950-an.
Sehingga tahun 1980an, adalah amat jarang sekali kita menemui nama Kunak dalam peta negeri Sabah. Sebaliknya, hanya ada satu nama terpapar yang betul-betul hampir dengan lokasi Kunak iaitu Mostyn merujuk pada peta tersebut. Jadi dari mana datangnya nama Mostyn ?.
Berikut adalah pendapat En. La Runa Lakile seorang Pegawai Perhubungan kepada Adun Kunak berhubungan asal usul nama Mostyn sebelum di tukar kepada Kunak pada 1960an melalui blog beliau iaitu Kunakian.
Melihat kepada nama penuh Komander Kapal HMS Egeria tersebut, didapati Mostyn adalah nama tengah atau nama keluarga dari sebelah ibu. Timbul tanda tanya, kenapa kawasan tersebut tidak diberi nama Field, sempena nama keluarga sebelah bapa seperti lazimnya yang digunakan oleh orang-orang British ?.
Pada pendapat saya, ini adalah disebabkan
'Field' mempunyai banyak pengertian, ia boleh bermaksud kebun, padang, bidang
dan sebagainya. Jadi, agak janggal bagi orang British pada masa itu bila hendak
menyebut kawasan itu menggunakan nama 'Field'.
Bayangkan jika nama itu diberi nama Field
dan orang British hendak memberitahu mengenai sumber hutan dikawasan berkenaan.
" Di Field terdapat banyak pokok kayu balak yang bermutu tinggi "
mereka akan berkata, " There are many valuable timber in Field
". Yang mendengar akan bertanya, "Which Field
?" (kebun yang mana ?).Maka yang demikian, Field membuat keputusan
untuk menamakan kawasan di daerah ini sempena nama keluaraga dari sebelah
ibunya, iaitu Mostyn.
P
ernahkah anda berkunjung ke Terowong Jepun di Kunak Sabah?Terowong ini digunakan oleh tentera Jepun sebagai satu laluan rahsia untuk ke tempat simpanan senjata mereka.
Misteri Terowong Jepun Di Kunak
Sabah | Bagi penduduk Sabah, mungkin
anda pernah mendengar tentangmisteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak
yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan
sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan
ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam
sangkar. Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di
Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar.Nama Kunak memang agak jarang
disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka
mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah
berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.
Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari
pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.
Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :
~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang
Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12
kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan
4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera
Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.
Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan
dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan
tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba
memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa
barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang
mendakwa pernah menemui ”bekas landasan lokomotif” di dalam terowong berkenaan.
Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui
oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh
kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan
terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah
itu.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong
ini tembus hingga ke Laut Sulawesi.Namun, setakat ini tiada yang mampu
menjelaskan di manakah penghujung terowong ini. Ada juga peneroka yang
cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana
kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.
No comments:
Post a Comment